


Anak selebriti popular Bella Astillah iaitu Ayden Adrean mencuri tumpuan ramai apabila ‘merestui’ hubungan ibunya dan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
BACA: Bella Astillah Terharu, Satu Keluarga ‘Surprise’ Hari Jadi Buatnya.. Syed Saddiq Tukang ‘Plan’
Dalam video TikTok yang dimuat naik pelakon dan usahawan Betty Rahmad, Ayden tidak berselindung menjawab ‘approved’ kepada soalan panas yang ditujukan.
Ayden ‘approved’
Respon spontan Ayden itu membuatkan peminat Bella Astillah dan Syed Saddiq teruja.
Ramai yang bersetuju dengan pandangan si cilik itu bahawa Syed Saddiq adalah pilihan tepat buat Bella.
Bella pun terkejut
Di ruangan komen, Bella Astillah turut meninggalkan komen seolah-olah terkejut dengan jawapan Ayden. Aduhai anak!

Walaupun pasangan berkenaan tidak mengesahkan sebarang hubungan, netizen mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Terdahulu, hubungan Syed Saddiq dan Bella Astillah hangat diperkatakan apabila mereka dilihat akrab sejak berkolaborasi menjadi duta baju raya.
Semasa sambutan hari jadi Bella baru-baru ini, Syed Saddiq merancang kejutan dengan membawa seluruh keluarga dan rakan baik Bella.